Friday 13 April 2012

Kadangkala sepi itu membuatkan kita rasa rindu...Namun begitu sepi itu juga memberikan kita kedamaian dan ketenangan tatkala otak serabut...Tapi bukankah hidup ini lebih ceria bila semua yang disayangi berada di sekeliling kita..
Sepi itu perlu tatkala kita inginkan ruang untuk bersendiri...Namun harus jua berwaspada kerana sepi boleh membuatkan kita jauh...Jauh dari kehidupan nyata...Jangan biarkan sepi itu menghantui kehidupan kita...
Aku gembira kerana sepi itu mengajar aku tentang menghargai...Menghargai apa yang berada disekeliling, menghargai satu perhubungan...Pergilah kau sepi...Aku tak ingin kau hadir dalam hidupku..
Assalammualaikum,

Lama sgt kan rasanya untuk aku kembali menulis seperti dulu. Haha dulu penuh gelak tawa aku semangat gila nak update blog aku ni. Kerana dari sini juga tempat aku meluahkan perasaan aku ketika aku sedang gembira dan ketika aku sedang menangis.

Ingat lagi dia selalu ucapkan padaku yang dia tak boleh hidup tanpa aku.Tp sedarkah dia, aku juga rasakan demikian. Sedar tak sedar sudah 5 bulan dia tinggalkan aku sendiri. Mengharungi segala suka duka aku tanpa kata-kata semangat dari dirinya lagi. *terlalu banyak harapan b telah berikan pada baby*.

Hari ni, orang sudah melihat aku tersenyum. Memulakan hidup baru aku tanpa MUHAMMAD SYAWAL. Semua ini buat aku sedar, dalam mana cinta aku pada dia, aku tetap tak akan mampu memiliki jika dia bukanlah untuk diriku.*semua kata-kata b untuk memberi peluang kepada org lain utk bahagiakan diri b, telah beby ikuti. hope b bahagia tanpa beby*

Tapi di sebalik senyumanku hanya Allah swt yg tahu betapa derita aku sejak kehilangan dia.Walaupun hati aku pedih aku harus meneruskan hari-hari ku melihat si dia bersama kekasih baru nya. Hati aku hancur tapi inikah balasan untuk aku terima atas kesilapan lalu aku.Aku terimanya kerana mungkin Allah swt mahu menguji cinta aku dan dia.


Kata-kata si dia *b sygkan beby & cintakan beby tp b tak boleh terima beby lagi*. Setiap malam aku menangis kerana terlalu rindukan si dia tapi aku tak mampu berbuat apa-apa & aku hanya mampu berdoa.Kalau dia memang milikku, dia akan datang kepada aku, jika dia bukan ditakdirkan untuk aku, aku terpakse menerima suratan takdir.

Aku cuba untuk melupakan si dia & mencari pengganti si dia tetapi aku gagal sebab aku amat mencintai dia.Tiada siapa dapat gantikan si dia dgn org lain.Walaupun aku terlalu tersenyum namun aku sedar, semua ini adalah palsu. There's hidden sadness in my smile. Sorry if I'm still can't accept you're leaving me after my birthday. I miss you b:'( 


Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…
Di hadapan-Mu ya Allah…
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya